Anda berbakat bikin orang gelak???
Jom kasi gegar dunia lawak online tempatan
bersama portal lawak/humor #1 Malaysia...
www.cayya.net
ke laman FACEBOOK CayyaDotNet ----->> KLIK SINI!!
Internet sudah menjadi fenomena dewasa ini, laman-laman sosial seperti Facebook, YouTube, Twitter, Instagram, Keek dan sebagainya yang semakin bercambah adalah pemangkinnya. Sampai ada yang kejang dan pitam jika sehari tidak dapat melayari Internet. Humor/lawak pula adalah perencah di dalam ruang maya bagi menghilangkan tekanan kerja dan pelbagai masalah peribadi.
CAYYA.NET merancang kewujudan satu portal khas sebagai satu platfom kepada anak-anak tempatan yang berbakat dalam bidang komedi/lawak/humor bagi mengenegahkan karya serta kebolehan mereka.
Pengisian di portal CAYYA.NET merupakan platfom awal sebelum karya-karya ini diterbitkan ke medium lain seperti penerbitan buku/majalah, kandungan/aplikasi mobil dan produksi tv.
SYARAT
Tiada syarat khusus atau diskriminasi paras rupa... Asalkan anda rakyat Malaysia yang berbakat untuk menghasilkan sesuatu yang dapat menceriakan insan-insan lain sudah memadai. Karya mestilah tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum atau mana-mana pihak/individu.
HAKCIPTA
Hakcipta semua karya adalah menjadi hakmilik PENCIPTA ASAL, CAYYA.NET cuma mengambil hak penyiaran secara online. Sebarang terma untuk menghasilkan karya tersebut dalam bentuk selain penyiaran online akan dibincangkan kemudian.
KARTUN/KARIKATUR/KOMIK
Hantarkan kepada kami loose/strip kartun atau karikatur dalam spesifikasi berikut:
resolusi: 300 pxi
saiz kanvas: 7 inci X 7 inci
saiz panel: 6 inci X 6 inci
Spesifikasi komik - one shot (bukan bersambung) maksima 4 pages:
resolusi: 300 pxi
saiz kanvas: 7 inci X 10 inci
saiz panel: 6 inci X 9 inci
PENULISAN HUMOR
Sebarang bentuk penulisan humor seperti anekdot, cerpen, fakta lucu, tips lawak, quote humor, parodi lirik lagu yang tidak terlalu panjang untuk disiarkan secara online.



Di atas ini disertakan beberapa contoh...
Anda cuma perlu tulis, grafik/ilustrasinya akan disiapkan oleh kami...
VIDEO
Tidak kira apa saja bentuk sama ada vlog, filem pendek, sketsa, animasi, parodi lagu, miming, voiced-over, edited clips, prank, video candid/spontan dan sebagainya - asalkan tidak melebihi durasi 3 MINIT pada saiz minimum 640px X 360px. Caranya senang saja... uploadkan video anda ke YouTube dan kirimkan linknya kepada kami.
LAIN-LAIN
Kirimkan kepada kami contoh karya yang boleh anda hasilkan selain dari kategori di atas... seperti flash game, animated gif, poster, foto lucu atau apa saja yang boleh dikongsikan secara online akan kami pertimbangkan untuk menerimanya.
HONORARIUM
Bayaran intensif ke atas setiap karya akan dinilaikan berdasarkan mutu dan jumlah viralnya.
SOALAN/CADANGAN?
sebarang soalan/cadangan boleh ditanyakan di ruangan komen di sini, atau dikirimkan melalui mesej di FBpage CayyaDotNet (KLIK!)
.
0 comments:
Post a Comment